APA KELEBIHANNYA BELAJAR KAT UITM PAHANG KAMPUS JENGKA???
Assalamualaikum semua! Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan alhamdullillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat hidup sehingga ke hari ini.
Tanpa melengahkan masa, kita terus masuk kearah topik yang akan dibincangkan iaitu tentang UiTM Jengka Pahang. Alhamdulillah, setelah dua tahun setengah berlalu aku selamat menjadi graduasi UiTM Jengka dengan pencapaian ANC dalam course perakaunan. Banyak pengalaman pahit manis yang telah aku lalui, tapi semuanya membuatkan aku lebih rindu pada tempat tu.
UiTM Pahang Kampus Jengka (Khazanah Alam)
Okay actually macam ni, it's not that bad untuk belajar dalam UiTM Jengka ni. Mesti kalau sebut je UiTM Jengka, orang fikir "duduk hutan, boring, takde life atau nanti takde mall pishang weh!". Sebenarnya, ni semua fikiran kolot je. Meh otai nak royak sikit dekat sini, actually dengan pengalaman yang aku ada ada bila dah belajar dekat dua tempat yang berbeza (sekarang punya tempat dirahsiakan, area selangor), jujur aku cakap belajar dekat Jengka lagi best! Sebab apa? Haaaaa meh nak habaq ni, banyak sebab dia~~
1) Tempat lebih tenang dan sesuai untuk belajar.
Dekat Jengka ni, disebabkan dia bukan dekat area bandar, malas dia terletak didalam "hutan Pahang", suasana kat situ lebih tenang dan senyap. Jadinya, student akan lebih focus untuk belajar dan menimba ilmu. Macam mana nak belajar kalau duduk dalam suasana yang bising dan "disturbing". Serious talk, bila belajar subjek membaca dan menghafal ni, suasana yang tenang amat diperlukan.
Lagi-lagi bila korang nak buat notes dan hafal banyak benda
2) Bandar Jengka is not that bad as you think.
Okay, seperti yang aku cakap tadi orang mesti fikir Jengka ni membosankan kan? ACTUALLY TAK LANGSUNG. Ada tempat yang lagi membosankan, percayalah. Bersyukurlah korang dapat sambung belajar di Jengka ni. Meh aku list kan tempat-tempat yang menarik yang ada dekat Jengka ni. Firstly, dekat Jengka ni ada Stadium yang bertaraf tinggi! Macam Stadium orang putih punya layout which is Stadium Bandar Tun Razak! Bila stress study tu, kalau kena dengan time malam tu ada game, korang bolehla beli tiket dan tengok bola! Murah aje, RM10 gitu tiket. Not that bad afterall right? ;)
Bukan biashe-biashe punya stadium ni boh!
Furthermore, ada banyak lagi benda best macam KFC, kedai nasi ayam penyet yang famous (RM5 per serving), Marrybrown dan sebagainya! Korang craving benda ni, boleh cari kat bandar Jengka tu je ha. Tapi janganlah expect lebih-lebih, yang restaurant mahal2 tu confirm lah takde, sales kat Jengka ni takboleh nak cover cost diaorg yang mahal tu yer hahaha. Kalau kempunan benda lain tu, boleh sewa kereta sekejap then pergi Temerloh, around 45minutes journey je.
3) Low cost!
Uniknya bandar Jengka ni adalah cost of living yang sangat rendah! Dahla yuran UiTM ni memang murah dan affordable, tambah pula kos makanan dan lain-lain yang murah. Itulah yang paling crucial bagi student, kan? Kita kalau boleh nak sambung belajar tapi takmahu susahkan ibu bapa kita (melainkan kalau memang buat bisnes dan sebagainya). At least kos sara bidup untuk belajar ni tak tinggi. I've been studying in Selangor and seriously it costs so high. Perbezaan cost of living antara belajar di Jengka dan Selangor amat ketara. Di Jengka, i manage to spend only RM5 per day, tapi dekat Selangor, RM10 per day ni benda biasa, kalau dapat kurang daripada tu dan maintain konsisten, you deserve my respect! Tapi that's the point, you earn knowledge and your certificates with low cost. Win-win situation.
Berjimatlah selagi boleh, jangan membazir ingat keinginan mak ayah untuk lihat kita berjaya ya adik-adik :)
4) Last but not least, get full attention from lecturer and personal advisor.
Secara logiknya, kita akan lebih suka belajar subjek tu bila lecturernya okay, dan bonus kalau lecturer tu prihatin dan membre extra focus pada kita. Kat Jengka ni, ratio lecturer dengan student bagaikan 1:20 berbanding Kampus lain which might be around 1:50 atau mungkin lebih. Tapi ni tengok juga pada course yang korang ambil, for me i took Accounting so student kat situ memang tak ramai. If Civil Engineering it might be different. Seriously, I miss Jengka sebab lecturer kat situ boleh bagi focus yang lebih dan ada banyak masa untuk kita kalau kita ada nak jumpa personally or call or WhatsApp dia. Plus, lecturer disana juga boleh tahan power dan boleh dikira setaraf dengan tempat lain. From my experience ni, aku nak sangat belajar lagi di Jengka kerana sekarang, lecturer aku semuanya busy sebab terlalu ramai students yang refer padanya. So, it's hard for me to communicate and guide myself in my studies. So, that's the benefit of studying in rural areas such as Jengka.'
Sedikit sebanyak, ini yang dapat aku kongsi kan pengalaman yang aku lalui di UiTM Jengka.
Jika ada sebarang persoalan dan sebagainya, boleh bertanya di komen ya, komen anda semua dialu-alukan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment